Sunday, January 31, 2010

collagen untuk kesihatan dan kecantikan kulit

Kulit terbina daripada 3 lapisan utama, iaitu eperdermis, dermis, dan juga hypodermis. Dermis adalah suatu lapisan kulit di antara lapisan eperdermis dengan hypodermis. Struktur dermis dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu papillary region, dan reticular region.

Papillary region berperanan untuk menyediakan satu permukaan yang menghubungkan dan menguatkan ikatan antara dermis dengan eperdermis, manakala reticular region berperanan untuk memberi kekuatan dan keanjalan kepada dermis. Pada reticular region terdapatnya akar rambut, kelenjar peluh, reseptor, kuku dan pembuluh darah.

Collagen adalah komponen penting yang membina areolar connective tissue dan dense irregular connective tissue. Areolar connective tissue adalah tisu yang membina papillary region, manakala dense irregular connective tissue adalah tisu yang membina reticular region. Dengan ini, collagen adalah penting untuk kekuatan dan keanjalan kulit, manakala kulit yang kuat dan anjal adalah penting untuk menjaga dan mengekalkan properti yang terdapat pada kulit seperti rambut, kuku, pembuluh darah dan sebagainya.

Berikut adalah senarai untuk beberapa jenis vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pembentukan collagen. Kebanyakannya mudah diperolehi kerana ia datang daripada sumber buahan dan juga sayuran (boleh check di wikipedia.org untuk mengetahui jenis buahan dan sayuran yang dimaksudkan). Antaranya adalah seperti:

• vitamin A, C, dan E
• vitamin CoQ10
• vitamin B6
• zink
• amino acids: cystine, arginine, methionine, threonine, lysine

Tambahan: Tisu dapat diklasifikasikan kepada 4 jenis, iaitu connective tissue, epithelial tissue, muscle tissue, dan juga nervous tissue. Connective tissue pula diklasifikasikan kepada 3 kategori, iaitu connective tissue proper, embryonic connective tissues, dan specialized connective tissues. Connective tissue proper terdiri daripada 5 jenis, iaitu areolar connective tissue, dense connective tissue (dense regular connective tissue/ dense irregular connective tissue), elastic tissue, reticular connective tissue, and adipose tissue.

(Pada masa-masa akan datang akan dibincangkan tentang penyebab kepada kemusnahan collagen).

Wednesday, January 27, 2010

bimbang

















Pernahkah anda melihat seseorang yang anda kenali dari kejauhan,
melihatnya dengan pandangan hati terbuka, hati yang penuh dengan pengertian,
kemudian, timbul perasaan sedih dan bimbang,
kerana orang yang anda kenali itu,
sememangnya, seorang yang baik hati, tetapi cuai dan lemah,
kemudian, timbul pulak perasaan ketidakupayaan didalam diri sendiri,

...kerana anda hanya mampu melihatnya dari kejauhan,
dan tidak pula mampu memberi jaminan keselamatan dan perlindungan kepadanya,
bimbang kalau-kalau ada mereka yang ingin mengambil kesempatan keatas dirinya,
kemudian, dengan akal yang mendapat petunjuk daripada-Nya,
anda mendapat satu kesedaran untuk berdoa kepada-Nya untuknya,
kemudian, dia pun berlalu pergi, semakin jauh hilang dari pandangan,

...jangan lepaskan orang yang anda sayangi melainkan dengan doa.

Monday, January 25, 2010

blog pilihan: ibnuumar.blogspot.com - zul aimran

url: http://ibnuumar.blogspot.com/
title: Zulimran Blog
penulis: Zul Aimran Bin Omar
subjek: Muzium Online, Sejarah Islam, Kisah-kisah Sahabat, dll.

Thursday, January 21, 2010

hypothyroidism menyebabkan kegemukan

Kelenjar thyroid berfungsi menghasilkan hormon thyroxine, triiodothyronine dan juga calcitonin. Kedua-dua hormon, iaitu thyroxine dan triiodothyronine bertindak mengatur dan mengawal kadar metabolisma badan manusia, manakala calcitonin pula adalah hormon yang berperanan dalam calcium homeostasis. Iodine dan tyrosine adalah mineral yang digunakan oleh badan untuk pembentukan hormon thyroxine dan triiodothyronine di dalam kelenjar thyroid. Thytropin (thyroid stimulating hormone/ TSH) adalah hormon yang dihasilkan oleh pituitary, dan ia bertindak mengawal dan mengatur fungsi kelenjar thyroid. Jika fungsi kelenjar thyroid dikawal oleh kelenjar pituitary, fungsi kelenjar pituitary pula dikawal oleh hypothalamus.

Hypothalamus berfungsi menghasilkan dua jenis hormon, iaitu TRH (thyrotropin releasing hormone) dan somatostatin. TRH bertindak merangsang kelenjar pituitary untuk meningkatkan penghasilan hormon TSH, dan ia (TRH) dirembeskan ketika penghasilan hormon thyroid berada dibawah paras normal. Peningkatan penghasilan TSH akan merangsang keupayaan fungsi kelenjar thyroid untuk meningkatkan penghasilan hormon thyroid. Somatostatin pula bertindak sebaliknya (bertentangan dengan TRH), iaitu merangsang kelenjar pituitary untuk merendahkan/ mengurangkan penghasilan hormon TSH, dan ia (somatostatin) dirembeskan ketika penghasilan hormon thyroid berada diatas paras normal. Pengurangan penghasilan TSH akan merendahkan keupayaan kelenjar thyroid untuk menghasilan hormon thyroid.

Seperti yang telah disebutkan diatas, iaitu peningkatan penghasilan TSH akan merangsang keupayaan fungsi kelenjar thyroid untuk meningkatkan penghasilkan hormon thyroid (thyroxine dan triiodothyronine), walau bagaimana pun, pembentukan hormon thyroid adalah bergantung pada paras iodine di dalam darah memandangkan iodine adalah mineral yang digunakan untuk pembentukan hormon thyroid. Kekurangan iodine di dalam darah akan menyebabkan kelenjar thyroid tidak dapat menghasilkan hormon thyroid yang mencukupi untuk keperluan badan, dan seterusnya akan menyebabkan hypothyroidism.

Hypothyroidism adalah suatu masalah/ keadaan dimana kelenjar thyroid tidak dapat menghasilkan hormon thyroid (thyroxine dan triiodothyronine) yang mencukupi untuk mengawal kadar metabolisma badan. Kekurangan hormon thyroid akan menyebabkan kadar metabolisma badan menurun dan keperluan badan terhadap kalori juga menurun. Jika pengambilan makanan tidak dikurangkan, lebihan kolari akan diubah kepada lemak, dan akan menyebabkan kegemukan. Gejala-gejala bagi seseorang yang sedang mengalami hypothyroidism, antaranya adalah seperti kegemukan, gugur rambut, keletihan, tekanan, kulit kering, pendek nafas, dan sebagainya. Kelenjar thyroid perlu menghasilkan hormon thyroid yang mencukupi untuk mengawal kadar metabolisma dan juga untuk mengelakkan pengumpulan lemak di dalam badan.

Bagi mengawal hypothyroidism, amalkan pengambilan makanan secara seimbang meliputi makanan yang mengandungi iodine seperti lobak, kentang, ikan/makanan laut, gandum, pisang, bayam, cendawan, bawang putih dan sebagainya. Dengan meningkatkan paras iodine di dalam darah, kelenjar thyroid akan dapat menghasilkan hormon thyroid yang mencukupi, kadar metabolisma akan kembali normal, pengumpulan lemak akan dapat dielakkan, dan masalah berat badan akan dapat diatasi. Selain masalah thyroid, stres adalah juga antara penyumbang kepada pertambahan berat badan seseorang.

Hypothyroidism bukanlah punca penyebab kepada kegemukan, ia adalah masalah di dalam badan yang menyebabkan sukar untuk menurunkan berat badan walaupun telah mengurangkan saiz pengambilan makanan dan kerap melakukan senaman. Umumnya, punca penyebab kepada kegemukan adalah pengambilan makanan secara berlebihan dan kurang melakukan senaman. (Pada masa-masa akan datang akan dibincangkan tentang bagaimana stres boleh menyumbang kepada kegemukan dan juga masalah kelelahan kelenjar thyroid dikaitkan dengan penyakit jantung).

Saturday, January 16, 2010

lagu pilihan: zhu ti qu - lin yu zhong



林宇中 - 主題曲
Lin Yu Zhong - Zhu Ti Qu
Rynn Lin ? Theme Song**

回憶的聲音 播在夜裏
Hui yi de sheng yin bo zai ye li
Memory?s sound is broadcasted in the night

像是一首旋律
Xiang shi yi shou xuan lv
Like a melody

多麽美麗
Duo me mei li
So much beauty

那時我很肯定
Na shi wo hen ken ding
That time I was very certain

你是我唯一
Ni shi wo wei yi
You are my one and only

眨個眼我們就各分東西
Zha ge yan wo men jiu ge fen dong xi
Blink eyes, then we divided each of our things
...

再說我愛你
Zai shuo wo ai ni
Say ?I love you? again

淚把心占據
Lei ba xin zhan ju
Tears guard my heart from being occupied

卻有些甜蜜
Que you xie tian mi
But there is some sweetness

讓傷心被允許
Rang shang xin bei yun xu
Let a broken heart allow

說過的話語
Shuo guo de hua yu
To say words said before

做過的事情
Zuo guo de shi qing
To do things done before

像歌曲陪我每個冬季
Xiang ge qu pei wo mei ge dong ji
Resembling a melody accompanying me to every winter

紀念著我和你相愛這主題
Ji nian zhe wo he ni xiang ai zhe zhu ti
Remembering your and my love
...

時間早已忘記
Shi jian zao yi wang ji
The time is early, (it?s) already forgotten

分手時候的無情
Fen shou shi hou de wu qing
Our moment of parting?s callousness

你給的美好回憶
Ni gei de mei hao hui yi
The good memories that you gave

讓我有懷念的勇氣
Rang wo you huai nian de yong qi
Let me have the courage to yearn

Thursday, January 7, 2010

Vitamin C ataupun L-ascorbic acid adalah antioksida

Mitochondria adalah suatu struktur sel yang mengubah makanan (glucose, pyruvate, and NADH) kepada tenaga (ATP/ adenosine triphosphate) dengan kehadiran oksigen melalui proses dikenali sebagai oxidative phosphorylation, dan kemudian membebaskan karbon dioksida dan air. Oxidative phosphorylation adalah suatu proses pengoksidaan. Pengoksidaan adalah suatu tindak balas kimia yang melibatkan proses pemindahan elektron-elektron dari suatu bahan kepada agen pengoksidaan (oxygen). Proses pengoksidaan akan membentuk radikal bebas. Radikal bebas adalah suatu atom, molekul, ataupun ion dengan elektron yang wujud secara tanpa berpasangan dan sangat reaktif, dan ia akan menyebabkan kerosakan pada semua komponen sel, iaitu meliputi protein, lipids, dan DNA.

Antioksida adalah suatu molekul yang diperlukan oleh badan untuk meleraikan ikatan yang membentuk radikal bebas, dan juga antioksida itu sendiri akan dioksidakan bagi mengelak pengoksidaan oleh molekul-molekul yang lain. Kekurangan antioksida di dalam darah akan menyebabkan ketidakseimbangan antara penghasilan reactive oxygen (radikal bebas yang mengandungi atom oksigen) dengan keupayaan sistem biologi untuk memperbaiki kerosakkan sel-sel tubuh badan manusia. Kelebihan reactive oxygen berbanding antioksida di dalam darah akan menyebabkan lebih banyak kerosakkan sel-sel berlaku berbanding pemulihan sel-sel di dalam tubuh badan manusia. Keadaan seperti ini dikenali sebagai oxidative stress. Reactive oxygen yang dikaitkan dengan kerosakan sel-sel adalah seperti superoxide, hydrogen peroxide, dan hydroxyl radical. Seseorang yang sedang mengalami oxidative stress akan terdedah kepada risiko mengidap penyakit yang dikaitkan dengan proses penuaan seperti penyakit jantung, kanser, dan sebagainya.

Vitamin C ataupun L-ascorbic acid adalah sejenis antioxidant. L-ascorbate (ion dari L-ascorbic) bertindak menghapuskan radikal bebas dengan cara meleraikan ikatan yang membentuk radikal bebas, dan L-ascorbate itu sendiri akan dioksidakan bagi mengelak pengoksidaan berlaku dengan mana-mana bahan lain (bahan kimia). Pengoksidaan L-ascorbic akan menyebabkan L-ascorbate diubah kepada bentuk oksida, iaitu L-dehydroascorbate. Gejala ataupun tanda-tanda seseorang sedang mengalami kekurangan vitamin C adalah scurvy, iaitu sering mengalami pendarahan pada gusi, luka pada sel-sel kulit sukar sembuh, sering kelelahan, tompok-tompok pada kulit, dan sebagainya. Tanda-tanda tersebut adalah sebagai tidak balas terhadap kekurangan vitamin C, dimana collagen diperlukan bagi mencegah masalah/gejalah tersebut.

Tubuh badan manusia tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C sendiri, dengan ini ia memerlukan vitamin C daripada sumber tumbuh-tumbuhan ataupun haiwan. Kebanyakan tumbuhan dan haiwan dengan sendirinya berupaya untuk menghasilkan vitamin C. Bagi haiwan dari jenis mamalia, vitamin C dihasilkan di dalam hati dimana glycogen akan diubah kepada glucose, kemudian glucose akan diubah kepada vitamin C. Haiwan dari jenis reptalia dan burung pula menghasilkan vitamin C di dalam ginjal. Vitamin C boleh diperolehi daripada sayuran tinggi vitamin C seperti broccoli, tomatoes, white potatoes, dan juga boleh diperolehi daripada buahan tinggi vitamin C seperti kiwi, oranges, papayas, strawberry, dan sebagainya.

Tambahan: Vitamin C juga boleh diperolehi dalam bentuk supplement seperti yang terdapat di farmasi. Jika ingin fokus pada penjagaan kulit, mestilah mengambil supplement yang meliputi vitamin A, C, E, selenium dan sebagainya di dalam satu botol.

Sunday, December 20, 2009

menopause versi lelaki

Penghasilan hormon testosterone mencapai kemuncak penghasilannya pada umur 30 dan selepas daripada itu, penghasilan hormon testosterone akan mula semakin berkurangan secara perlahan-lahan, iaitu pengurangan sebanyak 1% pada setiap tahun. Pada umur 35 tahun sehingga 60 tahun dan seterusnya, paras hormon testosterone di dalam darah adalah sangat rendah dan mula menunjukkan gejala-gejala andropause.

Tanda-tanda ataupun gejala andropause bagi seseorang lelaki yang sedang mengalami andropause antaranya adalah seperti keinginan sex menurun, kemurungan, daya ingatan dan daya tumpuan merosot, tidak bermaya dan mudah keletihan, sukar tidur malam, sering berpeluh, perasaan tidak stabil dan berubah-ubah, dan sebagainya.

Andropause dikaitan dengan kemerosotan penghasilan hormon testosterone dan juga hormon dehydroepiandrosterone (DHEA) oleh sel leydig yang berada di dalam kelenjar testis dikalangan lelaki yang berada pada tingkat usia antara 35 hingga ke 60 tahun. Sel leydig berada di dalam kelenjar testis dan ia berfungsi dalam menghasilkan hormon dari kelas androgens, seperti testosterone, androstenedione, dan juga dehydroepiandrosterone. Fungsi sel leydig dalam menghasilkan hormon-hormon androgens adalah dikawal dan dirangsang oleh hormon luteinizing yang dihasilkan oleh kelenjar pituitary.

Pada usia 30-an, penghasilan sejenis glycoprotein, iaitu sex hormone-binding globulin (SHBG) oleh kelenjar testis akan mula meningkat. SHBG bertindak bergabung dengan sex hormon terutama sekali dengan testosterone dan estradiol. Penggabungan ini akan menyekat hormon testosterone daripada bebas memasuki sel-sel lalu mengaktifkan androgen receptor. Lebihan SHBG menyebabkan terdapat hanya sejumlah kecil hormon testosterone yang masih bebas akan dapat bertindak balas dengan receptor. Ringkasnya, andropause berlaku disebabkan oleh dua keadaan yang berlaku di dalam badan lelaki, iaitu kemerosotan kecekapan fungsi kelenjar testis dan juga penggabungan oleh SHBG yang menghambat hormon testosterone daripada menjalankan fungsinya.

Lelaki yang sedang mengalami andropause berisiko terhadap pelbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan proses penuaan/ kemerosotan badan seperti osteoporosis, kencing manis, alzheimer’s disease, tekanan darah tinggi, dan sebagainya. Terdapat kaedah semulajadi yang dapat membantu meningkatkan semula keupayaan fungsi kelenjar testis untuk menghasilkan testosterone, antaranya adalah seperti melalui pengambilan Tribulus Terresteris. (Bagaimana untuk mengawal SHBG dan punca penyebab kepada andropause akan dibincangkan pada masa-masa yang akan datang).

Thursday, December 3, 2009

tisu payu dara menghasilkan estrogen

Pada usia awal 30-an, penghasilan hormon estrogen (termasuk progesterone dan juga testosterone) akan mula berkurangan, dan akan semakin berkurangan seiring dengan usia. Pada usia awal 40-an, fungsi kelenjar ovari mula tidak menentu sebagai tanda yang menjelaskan bahawa ovari mula hilang keupayaan untuk menghasilkan estrogen. Bermula dari usia awal 40-an, ovari akan hilang keupayaan untuk menghasilkan estrogen sedikit demi sedikit sehinggalah mencapai umur 55 tahun. Pada umur 55 ataupun 56 tahun, ovari tidak lagi mampu untuk menghasilkan estrogen.

Bagi wanita menopause, ketiadaan ataupun paras estrogen yang terlalu rendah di dalam darah akan merangsang tisu payu dara untuk menghasilkan estrogen melalui proses yang dikenali sebagai aromatization oleh enzim aromatase. Aromatization adalah proses dimana enzim aromatase akan menggunakan hormon testosterone untuk menghasilkan hormon estrogen. Proses aromatization membantu wanita yang menopause untuk menghasilkan semula hormon estrogen di dalam payu dara apabila ovari tidak lagi dapat berfungsi untuk menghasilkan estrogen.

Proses aromatization menyebabkan suatu keadaan dimana ketidakseimbangan hormon berlaku di dalam badan wanita menopause, iaitu proses pengubahan hormon testosterone kepada estrogen akan menyebabkan jumlah hormon testosterone menjadi sangat sedikit berbanding hormon estrogen yang dihasilkan secara berlebihan di dalam payu dara. Ketiadaan ataupun kekurangan hormon progesterone dan hormon testosterone di dalam badan wanita menopause adalah juga disebabkan ovari tidak lagi dapat berfungsi dengan baik untuk menghasilkan hormon-hormon ini.

Estrogen yang berlebihan dihasilkan di dalam payu dara wanita menopause memberi peluang kepada sel-sel kanser merebak di dalam payu dara, manakala progesterone serta testosterone adalah hormon yang bertindak bersama-sama dalam mengawal tindak-tanduk hormon estrogen bagi mencegah kanser payu dara, namun penghasilan hormon progesterone dan testosterone di dalam badan wanita menopause lazimnya adalah sangat sedikit memandangkan ovari tidak lagi dapat berfungsi dengan baik untuk menghasilkan hormon-hormon ini.

Kelebihan hormon estrogen di dalam darah tidaklah dianggap sebagai punca penyebab kepada penyakit kanser payu dara dikalangan wanita menopause (kerana ia dihasilkan melalui proses semulajadi di dalam badan yang tidak mungkin memudaratkan manusia) melainkan wanita yang berkenaan terdedah kepada kandungan bahan kimia melalui pencemaran persekitaran dan juga penggunaan dadah sebagai ubatan, serta atas faktor-faktor yang lain seperti pengambilan alkohol, merokok, kegemukan, sejarah keluarga, dan sebagainya.

Tuesday, October 20, 2009

hormon thyroid mengawal kadar metabolisma

...Kelenjar thyroid berfungsi menghasilkan hormon thyroid (khususnya, thyroxine dan triiodothyronine). Kedua-dua hormon ini bertindak mengawal dan mengatur kadar metabolisma badan manusia. Kelenjar thyroid juga berperanan penting dalam mengawal dan mengatur fungsi-fungsi kelenjar endoktrin yang lain. Ketidakupayaan kelenjar thyroid untuk berfungsi dengan baik akan menjejaskan fungsi-fungsi kelenjar endoktrin yang lain. Dengan ini, thyroid dianggap sebagai kelenjar yang paling penting.

Kekurangan pengambilan iodine di dalam makanan boleh menyebabkan hypothyroidism, iaitu keadaan dimana kelenjar thyroid tidak dapat menghasilkan hormon thyroid yang mencukupi untuk mengawal kadar metabolisma badan. Kekurangan hormon thyroid akan menyebabkan kadar metabolisma badan menurun dan keperluan badan terhadap kalori juga menurun. Jika pengambilan makanan tidak dikurangkan, lebihan kalori akan diubah kepada lemak, dan akan menyebabkan kegemukan. Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang sedang mengalami hypothyroidism, antaranya adalah kegemukan, gugur rambut, keletihan, tekanan, kulit kering, pendek nafas, dan sebagainya. Bagi mengawal hypothyroidism, amalkan pengambilan makanan secara seimbang meliputi makanan yang mengandungi iodine seperti lobak, kentang, ikan, gandum, pisang dan sebagainya.

Sebaliknya, hyperthyroidism adalah keadaan dimana kelenjar thyroid menghasilkan hormon lebih daripada yang diperlukan oleh badan. Kelebihan hormon thyroid akan menyebabkan kadar metabolisma badan meningkat dan keperluan badan terhadap kalori juga meningkat. Jika badan tidak mendapat jumlah kalori yang mencukupi, maka berat badan akan mudah merosot. Tanda-tanda bagi seseorang yang sedang mengalami hyperthyroidism, antaranya adalah sukar tidur malam, selera makan bertambah, degupan jantung tidak teratur dan sebagainya. Bagi mengawal hyperthyroidism, amalkan pengambilan makanan yang dapat menyekat penghasilan hormon thyroid, iaitu seperti kacang soya, lobak, bawang merah, pelbagai jenis sayur-sayuran hijau, dan sebagainya. Bila kelenjar thyroid gagal berfungsi dengan baik, sama ada hyperthyroidism ataupun hypothyroidism, salah satunya boleh menyebabkan goiter.

Thursday, October 8, 2009

petunjuk antara dua jalan

...Allah berkehendakkan agar manusia memilih satu antara dua jalan, iaitu sama ada jalan kebenaran ataupun jalan kesesatan. Jika manusia memilih jalan kebenaran, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan menuju kepada kebenaran, dan Allah redha kepadanya, jika manusia memilih jalan kesesatan, maka Allah juga akan menunjukkan kepadanya jalan menuju kepada kesesatan, tetapi Allah tidak redha kepadanya.

...memilih antara dua jalan adalah sebenar-benarnya ujian bagi manusia. Misalannya, bagi yang miskin, ujian bagi mereka bukanlah kemiskinan dan erti pengajarannya bukanlah supaya manusia mencari kekayaan yang banyak, tetapi ujian sebenar-benarnya bagi mereka yang miskin adalah sama ada mereka tetap memilih jalan kebenaran (mencari rezeki yang halal) dan meninggalkan jalan kesesatan (mencari rezeki dengan cara haram) agar mereka menjadi hamba yang bertaqwa. Jika mereka telah memilih jalan kebenaran, berusaha dengan sabar terhadap ujian-Nya, dengan izin dan kuasa-Nya, rezeki mereka akan semakin bertambah.

...menjelaskan bahawa manusia diberi kebebasan untuk memilih jalan kehidupan mereka sendiri, dan tidak berserah pada takdir, walaupun begitu manusia akan dipertanggungjawabkan atas pilihan mereka dan atas apa yang berlaku keatas diri masing2. Memilih antara dua jalan adalah ujian yang sebenar-benarnya bagi manusia, ia adalah ujian untuk menguji siapa yang bertaqwa dikalangan manusia. - berdasarkan sebuah buku.

Saturday, October 3, 2009

hormon progesterone merangsang penghasilan hormon thyroid

...terdapat lima kelas utama bagi hormon steroid, iaitu progestagens, estrogens, androgens, mineralocorticoids, glucocorticoids. Progesterone termasuk didalam kelas progestagens. Progesterone terhasil daripada cholesterol, dan daripada progesterone akan dihasilkan beberapa jenis hormon steroid yang lain seperti, testosterone, estrogen, cortisone dan lain-lain. Progesterone dihasilkan di dalam badan bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Bagi lelaki, ia dihasilkan di dalam kelenjar testis dan juga sedikit di dalam kelenjar adrenal, manakala bagi wanita, ia dihasilkan di dalam kelenjar ovary dan juga sedikit di dalam kelenjar adrenal.

Fungsi progesterone bagi kedua-dua lelaki dan wanita secara umumya adalah untuk mengawal dan menyelaraskan segala tindak-tanduk hormon estrogen. Progesterone juga bertindak bersama-sama dengan estrogen dan testosterone bagi mencegah degenerative diseases seperti canser, diabetes, heart disease, osteoporosis dan sebagainya yang berkaitan dengan kemerosotan badan manusia ataupun proses penuaan. Penghasilan hormon progesterone yang cukup mengikut keperluan badan adalah baik untuk melambatkan proses penuaan, sebaliknya kekurangan hormon progesterone akan memungkinkan seseorang berisiko terhadap mana-mana penyakit yang tersebut di atas.

Progesterone adalah hormon yang merangsang penghasilan hormon thyroid. Thyroid adalah hormon yang diperlukan oleh badan untuk merangsang kelenjar pancreas untuk menghasilkan insulin. Thyroid juga diperlukan untuk merangsang kelenjar adrenal untuk menghasilkan cortisol. Kekurangan hormon progesterone ini, memungkinkan risiko terhadap penyakit kencing manis dan tekanan darah rendah. Penurunan penghasilan hormon progesterone adalah berpunca daripada pendedahan terhadap bahan kimia sama ada melalui pengambilan ubat-ubatan ataupun pencemaran dari persekitaran. Bagi wanita, pengambilan pil perancang akan menghambat penghasilan hormon 'progesterone'. Selain itu, penurunan penghasilan progesterone adalah juga disebabkan oleh keadaan dimana kelenjar adrenal telah berhenti berfungsi.